MPB SMART MAP

LATAR BELAKANG

Pentadbiran perbandaran di Daerah Bentong bermula dengan penubuhan Majlis Bandaran Bentong pada 5hb. Mei 1955 dengan kuatkuasa undang-undang dan diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Pahang Bil. 147. Penubuhan Majlis Daerah Bentong pada 1hb. Julai 1981 adalah berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). Ia merupakan satu kenaikan taraf dari Majlis Bandaran kepada sebuah Majlis Daerah dengan penyatuan Majlis Bandaran Bentong berserta 5 buah Majlis Tempatan dan beberapa kawasan lain

OBJEKTIF

Bagi memberikan perkhidmatan awam yang berkesan, Majlis Perbandaran Bentong telah menetapkan beberapa objektif selaras dengan fungsi dan peranannya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan. Objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut:-

  1. Menjamin perancangan dan pembangunan fizikal, sosial dan mental warga setempat bagi menjamin kesejahteraan penduduk dan persekitaran yang bersih, indah dan selesa.
  2. Memastikan tahap kesihatan setempat berkeadaan sempurna dan persekitaran yang bersih, indah dan selesa.
  3. Menentukan perancangan pembangunan selaras dengan Pelan Rancangan Struktur dan Pelan Perancangan Pembangunan Bandar Bentong.
  4. Menyediakan kemudahan infrastruktur asas meliputi seluruh kawasan Majlis.
  5. Mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi penduduk di kawasan yang berpotensi.
  6. Mewujudkan kawasan-kawasan riadah dan rekreasi bagi memenuhi keperluan warga Bentong.
  7. Memberi perkhidmatan sokongan kepada kemajuan industri pembuatan, pelancongan, pendidikan dan lain-lain.

"Bentong Bandar Eko Pelancongan Bersih, Hijau dan Inovatif"

Hubungi Kami

Alamat:

MAJLIS PERBANDARAN BENTONG,
Jalan Ketari,
28700 Bentong,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi Kami:

Talian Am: 09-222 1148
Talian Am: 1300-88-1148
Faks: 09-222 3729

Penafian:

Majlis Perbandaran Bentong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.